Mungkin ada yang hairan dengan tajuk ni, adakah kebetulan ataupun memang
benar-benar seperti yang dinyatakan. Apa-apa pun kita baca je lah fakta
yang di COPY ini :
Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan
manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah
sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya
setiap Astro ada 'piring para bola'
untuk mene...rima maklumat yang dipancarkan dari satelit.
Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah
Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro
di bumbung anda menghadap ke mana? KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya
Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah
ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan
pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab
Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan
Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah
pusat bumi.
Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di
dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi
yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek.
Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan
membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu
dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah. "Yang paling
mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila
Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan.
Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia
infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan
Kaabah di alam akhirat.
"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub
selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon
magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa
kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak.
Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke
dua-dua medan adalah sama kuat. Hal sedemikian katanya, turut memberi
kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal
di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di
kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi
kehidupan.
"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin
untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan.
Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa
oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik
berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya Pelbagai bukti saintifik
dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di
"Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah
cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak
akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke
mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau
ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.
Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan
bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini
sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah
fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita
belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..
No comments:
Post a Comment